Terma & Syarat


TERMA DAN SYARAT


Terbuka untuk rakyat negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak sahaja.
Tanah adalah milik sendiri atau mendapat kebenaran pemilik tanah.
Mempunyai akses laluan / jalan masuk ke lokasi tanah.


Syarat KWSP
Nama ahli WAJIB ada dalam geran tanah
Pengeluaran dalam AKAUN 2 sahaja (boleh keluar semua)
Mendapat kelulusan dari Majlis Perbandaran (negeri P.Pinang shj)

Terma Bayaran
Bayaran adalah secara berperingkat (progress) mengikut jadual dibawah:

Pemilik perlu menyediakan wang yang secukupnya mengikut peringkat yang telah dinyatakan. Kegagalan pemilik untuk menyediakan wang secukupnya akan menyebabkan kelewatan tempoh pembinaan dan boleh menyebabkan kenaikkan kos tanpa sebarang notis.

Liabiliti Pemohon
Kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pemilik adalah:
- Bayaran deposit TNB (RM500 - RM800)
- Kontraktor TNB (RM300 - RM500)
- PBA / Bekalan Air (RM1000 - RM1500)

Pemohon juga harus menyediakan bekalan air & elektrik semasa kerja pembinaan dijalankan.

Sekiranya pemohon tidak dapat menyediakannya, caj tambahan sebanyak RM2000 untuk Bekalan air dan RM1500 untuk elektrik akan dikenakan.